Category Archives: 3.1 Metodologi Kajian

3.1 Metodologi Kajian

Standard

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985).  Secara umumya, Fielding dan Schreier (2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian.

Penulis menggunakan beberapa kaedah dalam menghasilkan kajian ini iaiti Dialek Terengganu dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Antaranya ialah :

(a) Rakaman video ceramah

Rakaman video ceramah Ustaz Azhar Idrus ini dimuat turunkan daripada Youtube.

(b) Transkripsi rakaman video

Ayat-ayat dalam ceramah ditranskripsikan untuk meneliti aspek dan ragam bahasa dialek-dialek tersebut.

(c) Perisian aplikasi Antconc.

Dengan menggunakan perisian ini, perbezaan dalam aspek dialek diteliti dengan lebih mudah, cepat, tepat dan sistematik. Misalnya, dengan memasukkan data kajian ke dalam bentuk note pad, data tersebut kemudiannya dipindahkan ke dalam perisian Antconc. Seterusnya, perkataan-perkataan tertentu yang ingin dicari kemudiannya ditaip dan hasilnya akan memaparkan bilangan perkatan tersebut serta kedudukan perkataan tersebut di dalam ayat. Di bawah adalah langkah-langkah untuk menggunakan perisian AntConc.

Rajah 1 menunjukkan perisian AntConc

Rajah 2 menunjukkan pilih "file" untuk memilih teks yang ingin dikaji

Rajah 3 pilih teks yang ingin dikaji

Rajah 4 menunjukkan setelah "file" dipilih untuk dikaji dan dimasukkan dalam AntConc. Taip perkataan sengau velar iaitu "ng" dalam dialek Terengganu.

Rajah 5 menunjukkan teks ceramah dalam "corcondance hints" setelah tekan butan "start".

Rajah 6 menunjukkan perkataan yang tidak berkaitan akan di "highlight" dan akan di "delete".

Rajah 7 Seterusnya kita boleh melihat kedudukan perkataan lain di kiri atau kanan perkataan sengau velar "ng" tadi dengan menggunakan Kwic Sort. Dalam kes ini, pengkaji ingin melihat kedudukan lima perkataan dari sebelah kanan. Caranya adalah dengan menanda (tick) pada setiap level.

Rajah 8 menunjukkan hasil selepas tekan butang "sort"

Rajah 9 menunjukkan cara untuk menyimpan pilih "save output to text file". disimpan untuk rujukan.

Rajah 10

(d) Rujukan

Selain itu, penulis juga membuat rujukan pustakaan bagi mendapatkan maklumat yang perlu bagi melengkapkan informasi kajian ini. penulis telah membuat rujukan daripada buku-buku ilmiah, jurnal, dan kamus. bahan-bahan ini digunakan bersesuaian dengan maklumat yang dicari.