Category Archives: 4.1 Analisis Dapatan Kajian

4.1 Analisis Dapatan Kajian

Standard

KAJIAN DIALEK TERENGGANU

Dialek Terengganu ditutur di sebahagian besar negeri Terengganu menyusur kawasan pantai ke arah selatan hingga ke Mersing, Johor. Golongan minoriti Cina tempatan yang menjadi seperti peranakan di sana menggunakan dialek Terengganu dan hokkien sebagai bahasa ibunda mereka. Dialek ini tidak begitu popular di sempadan Terengganu-Kelantan. Contohnya, dialek Kelantan lebih popular di bandar Utara Besut.

FONOLOGI :

1.NASALISASI

–>Keunikan dialek Terengganu merupakan sengauan velar” ŋ” yang sering muncul di hujung perkataan. Orang Terengganu menambah banyak “ŋ” dalam perkataan mereka. Contoh: ” Kamu nak makan ikan?” menjadi ” Mung nok makang ikang?”. Orang Terengganu malahan menggelar diri sebagai orang “Tranung”. Satu aspek tatabunyi yang menonjol ialah peneutralan semua bunyi sengau pada akhir kata kepada sengauan velar “ŋ” terutamanya bunyi sengau “m” dan “n”. Malam menjadi malang dalam dialek Terengganu.

Dengan bunyi sengau seperti m dan n yang sering bertukar bentuk, tidak hairanlah para pengkaji bahasa berpendapat bahawa bunyi sengau pada akhir kata mengalami perubahan yang paling besar dalam dialek Melayu Terengganu dan juga negeri-negeri utara Perak, Kedah serta Kelantan. Tetapi tatabunyi yang menukarkan “malam” kepada kecelakaan serta jalan kepada perempuan jahat, hanya didapati pada dialek Terengganu di Semenanjung. Dialek Melayu lain yang mempunyai tatabunyi yang sama terdapat di luar Malaysia iaitu dialek Ambon dan Patani.

Rajah 1 menunjukkan konsonan sengau velar "ŋ" dalam dialek Terengganu.

2.PROSES PENINGGIAN VOKAL

Rajah 2 menunjukkan perubahan vokal depan rendah "a" kepada vokal tengah separuh rendah "e"

3.NEUTRALISASI

–>Neutralisasi ialah satu proses yang menghilangkan pengkontrasan atau perbezaan fonologi antara segmen-segmen di lingkungan tertentu di dalam kata. Segmen-segmen yang berkontras di satu lingkungan kata akan mempunyai reprentasi fonetik yang berkontras di satu lingkungan atau posisi yang terdapatnya proses neutralisasi berlaku.

(a) NEUTRALISASI KONSONAN

Proses neutralisasi konsonan turut berlaku dalam salah satu dialek Melayu iaitu dialek Melayu Terengganu. dalam dialek ini, bunyi-bunyi obstruen tak bersuara yang berkontras di posisi awal dan di posisi antara vokal akan mengalami neutralisasi di posisi akhir kata. Bunyi obstruen /p/, /t/, dan /k/ berkenaan akan berubah menjadikan hentuan glotis [ ]. proses neutralisasi ini diberi nama proses pembentukan glotis.

“](b) NEUTRALISASI VOKAL

Sama seperti konsonan, bunyi vokal juga boleh mengalami neutralisasi pada posisi tertentu di dalam kata. Vokal-vokal tersebut /i/ dan /e/ berkontras dalam pasangan minimal di posisi awal atau suku kata pertama. Tetapi pengkontrasan tidak berlaku di posisi suku kata akhir tertutup, dan kedua-dua vokal tersebut akan direalisasikan  sebagai [e]. Perilaku yang sama juga berlaku pada vokal belakang /u/ dan /o/. Dalam sistem fonologi bahasa Melayu proses ini diberi nama proses perendahan vokal.

Rajah 3(b)(i)

Rajah 3 (b)(ii)

4.KONSONAN s BERTUKAR MENJADI KONSONAN h

Sebagai negeri berjiran, Terengganu dan Kelantan berkongsi beberapa ciri bahasa. Perkataan yang berakhir dengan “s” dalam bahasa Baku sejajar dengan perkataan berakhir dengan “h” dalam kedua-dua dialek. “Malas” menjadi “Malah” dalam bahasa Terengganu. “Malah layang” tu, malas layanlah!

Rajah 4 menunjukkan perubahan konsonan "s" bertukar menjadi konsonan "h".

5.PENGGUGURAN

Pengguguran ialah proses yang menghilangkan atau meluluhkan sesuatu segmen dasar, sama ada konsonan atau pun vokal. sekiranya peluluhan itu melibatkan konsonan, maka proses tersebut dinamakan pengguguran konsonan dan sekiranya yang terlibat itu bunyi vokal, maka proses yang berlaku itu dinamakan proses pengguguran vokal. sama ada pengguguran konsonan mahu pun pengguguran vokal, kedua-duanya berhubung rapat dengan kewujudan gugusan atau rangkap segmen yang membentuk dan menggabungkan suku kata.

(a)PENGGUGURAN KONSONAN

Apabila satu suku kata yang berakhir dengan konsonan (i.e. KVK, KV) bertemu dengan satu suku kata yang bermula dengan konsonan (i.e. KV, KVK), maka terbentuklah rangkap atau gugusan konsonan (i.e. /KVKKV/, /VKKV/. dll.). Salah satu strategi untuk menghapuskan rangkap ini adalah dengan menggugurkan salah satu daripada konsonan tersebut. Dengan pengguguran itu, maka akan terbentuklah suku kata yang mengandungi urutan satu konsonan dan satu vokal (i.e. /KVKV/, /VKV/ dll) dan suku kata ini menjadi pilihan kebanyakan bahasa kerana bentuknya yang mudah.

Selain daripada bertujuan untuk menghapuskan kewujudan rangkap atau gugusan konsonan, pengguguran konsonan juga ada kaintannya dengan kekangan penyebaran sesuatu segmen di dalam suku kata. Dalam kebanyakan bahasa, setiap bunyi konsonan yang hadir dalam inventori fonemnya itu biasanya boleh hadir di posisi onset. Sebaliknya , tidak semua konsonan tersebut boleh menduduki posisi koda suku kata.

RAjah 5 menunjukkan pengguguran konsonan