1.1 Pendahuluan

Image

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara keunikan dan keistimewaan bahasa melayu itu ialah dialek. Terdapat banyak variasi dialek dalam bahasa melayu ini. Selain menggunakan kod-kod tertentu dalam sistem perbualannya, dialek-dialek itu juga berbeza mengikut geografi tempat sesuatu kawasan. Sesuatu bahasa itu bukan hanya berfungsi sebagai alat komunikasi atau alat perhubungan semata-mata. Malah bahasa juga merupakan kebanggan sesuatu bangsa kerana bahasa mampu mencerminkan identiti bangsa tersebut.
Menurut Chamber dan Trudgill (1980), bahasa adalah terdiri daripada satu kumpulan dialek yang saling faham memahami antara satu sama lain. Kesalingfahaman ini merupakan satu ciri asas yang penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam dialek itu kepada suatu bahasa ataupun terdiri daripada satu bahasa yang tersendiri. Lazimnya, terdapat persamaan dan perbezaan dalam dialek-dialek yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Setiap dialek yang terdapat dalam bahasa sesuatu ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Oleh hal yang demikian , kajian daripada aspek linguistik adalah penting untuk melihat dengan jelas dan teliti mengenai ciri-ciri sesuatu dialek atau sesuatu bahasa tersebut.

Terdapat beberapa faktor kewujudan bahasa dialek iaitu geografi, politik, penjajahan, perdagangan dan masa. Faktor  geografi dapat di lihat melalui perbezaan dari segi udara, keadaan negara, suasana, bukit bukau, sungai-sungai dan laut menyebab manusia bermastautin di tempat tertentu. Inilah menjana kepada perkembangan bahasa yang tersendiri. Manakala dari segi faktor politik telah membahagi-bahagikan Negara Malaysia kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. Selain itu, faktor penjajahan akan meninggalkan warisan linguistiknya semasa sesuatu kawasan dijajah. Perdagangan juga mempengaruhi faktor dialek dalam Malaysia ini. Oleh sebab bahasa yang bercampur dengan bahasa asing lebih mudah difahami oleh pelabur asing, penduduk atau perniaga tempatan sering berkomunikasi dengan bahasa campur. Seiring waktu, bahasa tersebut akan menjadi bahasa dialek yang khasnya di tempat tersebut. Akhir sekali ialah jika dibandingkan masa dengan dialek zaman dahulu amat berbeza dengan dialek yang digunakan zaman sekarang mengikut peredaran zaman. Secara semulajadinya, sesetengah dialek berterusan digunakan sehingga waktu kini dan ia dikatakan sebagai dialek yang hidup.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s