3.1 Metodologi Kajian

Standard

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985).  Secara umumya, Fielding dan Schreier (2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian.

Penulis menggunakan beberapa kaedah dalam menghasilkan kajian ini iaiti Dialek Terengganu dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus. Antaranya ialah :

(a) Rakaman video ceramah

Rakaman video ceramah Ustaz Azhar Idrus ini dimuat turunkan daripada Youtube.

(b) Transkripsi rakaman video

Ayat-ayat dalam ceramah ditranskripsikan untuk meneliti aspek dan ragam bahasa dialek-dialek tersebut.

(c) Perisian aplikasi Antconc.

Dengan menggunakan perisian ini, perbezaan dalam aspek dialek diteliti dengan lebih mudah, cepat, tepat dan sistematik. Misalnya, dengan memasukkan data kajian ke dalam bentuk note pad, data tersebut kemudiannya dipindahkan ke dalam perisian Antconc. Seterusnya, perkataan-perkataan tertentu yang ingin dicari kemudiannya ditaip dan hasilnya akan memaparkan bilangan perkatan tersebut serta kedudukan perkataan tersebut di dalam ayat. Di bawah adalah langkah-langkah untuk menggunakan perisian AntConc.

Rajah 1 menunjukkan perisian AntConc

Rajah 2 menunjukkan pilih "file" untuk memilih teks yang ingin dikaji

Rajah 3 pilih teks yang ingin dikaji

Rajah 4 menunjukkan setelah "file" dipilih untuk dikaji dan dimasukkan dalam AntConc. Taip perkataan sengau velar iaitu "ng" dalam dialek Terengganu.

Rajah 5 menunjukkan teks ceramah dalam "corcondance hints" setelah tekan butan "start".

Rajah 6 menunjukkan perkataan yang tidak berkaitan akan di "highlight" dan akan di "delete".

Rajah 7 Seterusnya kita boleh melihat kedudukan perkataan lain di kiri atau kanan perkataan sengau velar "ng" tadi dengan menggunakan Kwic Sort. Dalam kes ini, pengkaji ingin melihat kedudukan lima perkataan dari sebelah kanan. Caranya adalah dengan menanda (tick) pada setiap level.

Rajah 8 menunjukkan hasil selepas tekan butang "sort"

Rajah 9 menunjukkan cara untuk menyimpan pilih "save output to text file". disimpan untuk rujukan.

Rajah 10

(d) Rujukan

Selain itu, penulis juga membuat rujukan pustakaan bagi mendapatkan maklumat yang perlu bagi melengkapkan informasi kajian ini. penulis telah membuat rujukan daripada buku-buku ilmiah, jurnal, dan kamus. bahan-bahan ini digunakan bersesuaian dengan maklumat yang dicari.

1.5 Definisi dan Istilah

Standard

Linguistik :——–> Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin “ lingua ” yang bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris).

Linguistics ditakrifkan sebagai “the science of languages” atau “comparativegrammar” (Cassell Concise English Dictionary , 1995:790).

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai “kajian tentang bahasa”.

Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau “linguistik”.

Bahasa :————>Bahasa ialah kebolehan semulajadi mansia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari yang dipersutujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

Kamus dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Dialek (dialék):—-> satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain). Contohnya ialah dialek Kelantan, dialek Kedah.

Masyarakat:———–>Menurut Ralph Linton, masyarakat adalah setiap kelompok manusia yang telah hidup dan bekerja sama cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri sendiri dan menganggap diri mereka sebagai suatu kesatuan sosial dengan batas-batas yang dirumuskan dengan jelas.

1.4 Kepentingan Kajian

Standard

Kajian terhadap dialek Terengganu dalam Ceramah Ustaz Azhar Idrus mempunyai beberapa kepentingan dalam pembelajaran bahasa, khususnya dalam ilmu linguistik. Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej atau komunikasi. Kajian ini akan memberi lebih kefahaman kepada penutur asing atau penutur bukan natif dialek ini untuk memahami apa yang diujarkan oleh penceramah iaitu Ustaz Azhar Idrus. Kefahaman ini akan membuatkan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima tanpa ada sebarang masalah dalam menginterpretasi makna perkataan yang diujarkan. Selain itu, dari aspek fonologi kita dapat membezakan dialek Terengganu dengan bahasa baku.

1.3 Objektif Kajian

Standard

Terdapat beberapa objektif kajian dalam kajian ini. Antaranya ialah :
1. Mengenalpasti bunyi vokal dan konsonan yang terdapat dalam dialek Terengganu.

2. Mengenalpasti perbezaan antara bunyi vokal dan konsonan dalam dialek Terengganu dengan Bahasa Melayu Standard.

3. Mengenalpasti proses yang terlibat dalam menghasilkan dialek Terengganu.

1.2 Latar Belakang

Standard

 

 

 

Latar belakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus: Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

1.1 Pendahuluan

Image

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara keunikan dan keistimewaan bahasa melayu itu ialah dialek. Terdapat banyak variasi dialek dalam bahasa melayu ini. Selain menggunakan kod-kod tertentu dalam sistem perbualannya, dialek-dialek itu juga berbeza mengikut geografi tempat sesuatu kawasan. Sesuatu bahasa itu bukan hanya berfungsi sebagai alat komunikasi atau alat perhubungan semata-mata. Malah bahasa juga merupakan kebanggan sesuatu bangsa kerana bahasa mampu mencerminkan identiti bangsa tersebut.
Menurut Chamber dan Trudgill (1980), bahasa adalah terdiri daripada satu kumpulan dialek yang saling faham memahami antara satu sama lain. Kesalingfahaman ini merupakan satu ciri asas yang penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam dialek itu kepada suatu bahasa ataupun terdiri daripada satu bahasa yang tersendiri. Lazimnya, terdapat persamaan dan perbezaan dalam dialek-dialek yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Setiap dialek yang terdapat dalam bahasa sesuatu ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Oleh hal yang demikian , kajian daripada aspek linguistik adalah penting untuk melihat dengan jelas dan teliti mengenai ciri-ciri sesuatu dialek atau sesuatu bahasa tersebut.

Terdapat beberapa faktor kewujudan bahasa dialek iaitu geografi, politik, penjajahan, perdagangan dan masa. Faktor  geografi dapat di lihat melalui perbezaan dari segi udara, keadaan negara, suasana, bukit bukau, sungai-sungai dan laut menyebab manusia bermastautin di tempat tertentu. Inilah menjana kepada perkembangan bahasa yang tersendiri. Manakala dari segi faktor politik telah membahagi-bahagikan Negara Malaysia kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. Selain itu, faktor penjajahan akan meninggalkan warisan linguistiknya semasa sesuatu kawasan dijajah. Perdagangan juga mempengaruhi faktor dialek dalam Malaysia ini. Oleh sebab bahasa yang bercampur dengan bahasa asing lebih mudah difahami oleh pelabur asing, penduduk atau perniaga tempatan sering berkomunikasi dengan bahasa campur. Seiring waktu, bahasa tersebut akan menjadi bahasa dialek yang khasnya di tempat tersebut. Akhir sekali ialah jika dibandingkan masa dengan dialek zaman dahulu amat berbeza dengan dialek yang digunakan zaman sekarang mengikut peredaran zaman. Secara semulajadinya, sesetengah dialek berterusan digunakan sehingga waktu kini dan ia dikatakan sebagai dialek yang hidup.